Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Widget HTML #1

18 Idea Resipi Berasaskan Sotong Super Sedap Mesti Cuba Sendiri

Sotong, sejenis makanan laut yang lembut dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sebut sahaja sotong pasti terbayang sotong bakar, sotong sumbat, sotong masak merah dan banyak lagi.



Jadi jom kita selongkar idea resipi berasaskan sotong yang boleh dicuba sendiri.

1. SAMBAL SOTONG SEDAP



Cara-caranya :
  • Sotong dibersihkan
  • Bawang besar dipotong bulat
Bahan Tumis:
  • Bawang merah di blend
  • Bawang putih diblend
  • Cili kisar
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal

Cara-cara:
Tumis bahan kisar, masukkan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan pes asam jawa, garam gula secukup rasa, masukkan bawang yg dipotong bulat, masukkan sedikit kicap manis
last masukkan sotong..
Masak sehingga naik bau, siap untuk dihidangkan.

Sumber : Rosehayatie

2. Resepi Sotong Sumbat Bersos 



Bahan-Bahan:
  • 400g sotong – bersihkan
  • Inti secukupnya
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
Bahan Inti 
  • 2 biji telur – dipukul sedikit
  • ½ biji bawang besar – cincang
  • 1 batang cili merah – cincang
  • 1 sudu besar lobak merah – cincang
  • 2 helai daun bawang – cincang
  • garam dan lada putih secukup rasa
Bahan Kisar
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ inci kunyit
  • 1 hiris lenkuas
  • 1 batang serai – diracik
Bahan Sos 
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sk ketumbar – siap kisar
  • ½ sk jintan manis – siap kisar
  • ½ sk jintan putih – siap kisar
  • 2 sudu besar kicap soya
  • 1 keping asam gelugur
  • garam + gula secukup rasa
  • minyak utk menumis

Cara Memasak:

1. Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa. Goreng hancur (scramble) telur tadi.
2. Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.
3. Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
5. Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.
6. Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api. Hiaskan sebelum dihidang.
Artikel Terkini »

Posting Komentar untuk "18 Idea Resipi Berasaskan Sotong Super Sedap Mesti Cuba Sendiri"