7 Langkah Keluarkan Duit ASNB Secara Online Menerusi MyASNB
Kemudahan pengeluaran secara dalam talian atau myASNB ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB menerusi portal dan aplikasi myASNB.
Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit. Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM500 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.

Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100. Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja. Kemudahan ini boleh digunakan melalui portal myASNB pada 20 April 2020, manakala aplikasi mudah alih myASNB pada 27 April 2020.
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini.
Posting Komentar untuk "7 Langkah Keluarkan Duit ASNB Secara Online Menerusi MyASNB "