Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Widget HTML #1

40 Peserta Berperang Di Dapur Dalam Masterchef Malaysia 2011

Astro ternyata terus mengotakan janjinya dalam memberikan pengalaman menonton yang berbeza dengan membawakan sebuah program realiti masakan popular berjudul MasterChef Malaysia. Terbaru, Astro mengumumkan barisan juri yang akan mengemudi program ini dan senarai 40 peserta yang berjaya menempatkan diri dalam MasterChef Malaysia. Rancangan yang sudah lama dinantikan oleh penonton di Malaysia ini bakal bersiaran bermula 22 Oktober ini di Astro Ria (saluran 104) dan MasterClass (Kuliah Master) di STAR World (saluran 711) bermula 27 Oktober 2011.

Masterchef Malaysia..!!

Lima orang juri yang diumumkan bukan sahaja akan menilai keupayaan dan perkembangan para peserta, malah akan bertindak mengemudi rancangan ini. Mereka adalah Mohd Nadzri Redzuawan, 29 (Chef Riz), Moh Johari Edrus, 55 (Chef Jo), Zubir Bin Md.Zain, 45 (Chef Zubir), Yahaya bin Hassan, 49 (Chef Yahaya) dan Priya Menon.



Barisan 40 peserta yang bakal memeriahkan rancangan Masterchef Malaysia..!!