15 Situasi Pengguna Perkhidmatan Tren Rapid KL Perlu Hadap Ketika PKPB
Semua pengguna tren Rapid KL yang menggunakan perkhidmatan itu bermula esok diwajibkan mengikuti beberapa langkah kawalan pergerakan penumpang yang ditetapkan bagi memastikan penjarakan sosial dan kesesakan dapat dielak semasa berada di platform dan tren.
Menerusi notis yang disiarkan di media sosial Rapid KL, hanya sebilangan penumpang yang dibenarkan masuk dan bergerak serta penumpang dijangka mengalami masa menunggu dan perjalanan lebih lama daripada biasa.
“Pemeriksaan suhu badan akan dijalankan sebelum penumpang dibenarkan masuk ke dalam stesen dan penumpang yang mempunyai suhu badan yang tinggi perlu mengelak daripada menggunakan pengangkutan awam.
“Pegawai stesen juga akan mengawal pergerakan penumpang sebelum atau selepas pintu automatik. Penumpang juga dinasihatkan sentiasa memakai penutup hidung dan mulut dan menggunakan cecair pembasmi kuman,” menurut notis itu.

Ini merupakan sedikit gambaran situasi yang anda akan lalui ketika menggunakan perkhidmatan tren pada hari esok 4 Mei 2020. Pastikan anda sentiasa menjaga jarak sosial yang selamat dengan hanya berada pada garisan atau tempat duduk yang telah ditanda ketika menaiki tren.
Petugas melakukan persediaan bagi menghadapi gelombang penumpang
Posting Komentar untuk "15 Situasi Pengguna Perkhidmatan Tren Rapid KL Perlu Hadap Ketika PKPB"