Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Widget HTML #1

Tiada Lagi 16 Majalah Terbitan Blu Inc Selepas Syarikat Umum Berhenti Beroperasi

Syarikat penerbitan terbesar di Malaysia, Blu Inc Media Sdn Bhd mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan menghentikan semua operasi penerbitan bercetak dan juga penerbitan secara elektronik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Azliza Tajuddin mengatakan dalam surat kepada kakitangan hari ini bahawa syarikat itu terjejas oleh situasi wabak semasa dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berhubung dengan penularan COVID-19.

Majalah Terbitan Blu Inc

Syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 1974 itu juga menghadapi kerugian berterusan sejak bulan Mac dan April lalu dan menjangkakan bahawa keadaan berkenaan akan berterusan untuk beberapa bulan yang akan datang.

Difahamkan bahawa terdapat 16 buah majalah yang berada di bawah kumpulan syarikat ini termasuklah Harper’s Bazaar, CLEO, Marie Claire, Home and Decor, Icon, Girlfriend dan banyak lagi.

Dia mengaku bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan syarikat telah sangat dicabar oleh pendigitalan. Oleh kerana ketidakpastian ini maka lembaga pengarah memutuskan untuk menutup operasi berkuat kuasa 30 April.

Kira-kira 200 orang pekerja dijangka terjejas dengan penutupan syarikat ini. Nadine turut mengucapkan terima kasih kepada kesemua pekerja atas sumbangan mereka kepada Blu Inc sebelum ini selain berharap mereka berjaya di masa akan datang.

Artikel Terkini »

Posting Komentar untuk "Tiada Lagi 16 Majalah Terbitan Blu Inc Selepas Syarikat Umum Berhenti Beroperasi"